WELCOME TO MY BLOG."

Archives

SINOPSIS KURSUS KPT6043

KPT 6043 : Kursus Pembelajaran Berasaskan Elektronik Dan Web

Kursus bertujuan membincang isu semasa dalam pembelajaran berasaskan elektronik dan web dengan mengkaji impak teori pembelajaran, aplikasi reka bentuk instruksional dan teknologi, merancang pembangunan, mengintegrasi dalam pembelajaran, menilai produk dan kesan berasaskan kajian penggunaan teknologi elektronik dan web dalam menyokong pengajaran dan pembelajaran.

Kaedah: Kuliah, perbincangan, dan persembahan

Penilaian:

Tugasan 1: Kajian bacaan (20%)

Tugasan 2: Jawapan soalan teks (20%)

Tugasan 3: Bahan pembelajaran berasaskan Web (20%)

Peperiksaan akhir (40%)

Kandungan:

1. Pembelajaran berasaskan elektronik dan web

2. Teori pembelajaran

3. Reka bentuk instruksional dan teknologi

4. Konstruktivisme dalam reka bentuk instruksional dan teknologi

5. Konstruktivisme dan aplikasinya dalam reka bentuk pembelajaran.

6. Teknologi elektronik untuk pengajaran dan pembelajaran

7. Penggunaan teknologi elektronik dan web untuk pengajaran berkesan

8. Perancangan dan reka bentuk laman web untuk pembelajaran

9. Isu berasaskan kajian : Impak pengajaran dan kognitif kepada pembelajaran berasaskan web

10. Penilaian bahan pembelajaran berasaskan elektronik

Rujukan:

Abbey, B.(Ed.) (2000). Instructional and cognitive impact of web-based education. London: Idea Group Publishing.

Conger, S. A. & Mason, R. O. (1998). Planning and designing effective web sites. London: Course Technology ITP.

Heinich, R., Molenda, M, Russel, J. D. & Smaldino, S. E. (2001). Instructional media and technologies for learning. Ohio: Prentice-Hall.

Lever-Duffy, J., Mcdonald, J. B. & Mizell, A. P. (2003). Teaching and learning with technology. Boston: Allyn and Bacon.

Maier, P. & Warren, A. (2000). Integrating technology in learning and teaching: a practical guide for educators. London: Kogan Page.

Tiene, D. & Ingram, A. ( 2001). Exploring current issues in educational technology. Boston: Ms Graw Hill.

 
RANCANGAN MINGGUAN

Rancangan Mingguan

Minggu

Tajuk Kuliah

Aktiviti pelajar : Persembahan

1

Pengurusan kuliah dan tugasan

Rekod kehadiran

Kumpulan

2

Asas-asas teori

Kajian bacaan (1)

3

Rekabentuk dan perancangan teknologi untuk meningkatkan pengajaran

Kajian bacaan (2)

4

Komputer dalam persekitaran pembelajaran

Kajian bacaan (3)

5

Teknologi digital di bilik darjah

Kajian bacaan (4)

6

Menggunakan perisian pentadbiran untuk pengajaran dan pembelajaran

Kajian bacaan (5)

7

Menggunakan perisian pendidikan untuk pengajaran dan pembelajaran

Kajian bacaan (6)

8

Internet dan rangkaian untuk persekitaran pembelajaran

Bahan pembelajaran berasaskan web (1)

9

Menggunakan Web untuk pengajaran dan pembelajaran

Bahan pembelajaran berasaskan web (2)

10

Teknologi audio dan visual

Bahan pembelajaran berasaskan web (3)

11

Teknologi video

Bahan pembelajaran berasaskan web (4 )

12

Pendidikan jarak jauh: menggunakan teknologi di bilik darjah

Bahan pembelajaran berasaskan web (5 )

13

Isu-isu dalam melaksanakan teknologi di sekolah

Bahan pembelajaran berasaskan web (6)

14

Pengurusan kuliah

Bahan pembelajaran berasaskan web (7)

Tarikh akhir hantar tugasan

 
HURAIAN TUGASAN

Tugasan 1: Individu

a) Dapatkan artikel berasaskan kajian dari mana-mana jurnal dalam bidang ini yang menjelaskan penggunaan teknologi elektronik dan web dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

b) Sediakan ringkasan artikel tersebut dan ulasan dari sudut pandangan anda (panjangnya sekurang-kurang 5 muka surat A4 , langkau 1.5) dan berkongsi maklumat dengan cara membuat persembahan di bilik kuliah untuk tempoh lebih kurang 10 minit.

c) Sediakan bahan persembahan dalam bentuk PowerPoint dan buat edaran sebelum persembahan. (Bahan ini perlu diupload jika system telah sedia) Tugasan ini mengandungi ( Penulisan ilmiah ringkasan dan ulasan, cetakan powerpoint, dan disket. Bahan ini hendaklah dihantar selepas persembahan. Giliran akan dimaklum

mengikut senarai nama pelajar.

Tugasan 2:

Dengan menggunakan buku rujukan Lever-Duffy, J., Mcdonald, J. B. & Mizell, A. P. (2003). Teaching and learning with technology. Boston: Allyn and Bacon.

Pilih dari mana-mana tiga bab (mengikut pembahagian di kelas) sediakan jawapan kepada “student activities”. Bahan ini hendaklah dihantar sebelum minggu ke 10.

Tugasan 3:

Sediakan bahan pembelajaran berasaskan web bagi satu tajuk mata pelajaran pengkhususan anda peringkat SPM atau STPM. Buat persembahan di bilik kuliah.

Bahan ini hendaklah dihantar selepas persembahan.

Catatan: Menghantar kerja kursus mengikut waktu yang telah ditetapkan menjadi tanggong jawab setiap pelajar.